Kelas Asas Komponen Komputer Bersama Pelajar SK Serasot
23 September 2018 | Aktiviti Terkini22 September 2018, kelas asas komponen komputer bersama pelajar SK Serasot. Tujuan kelas asas komponen komputer ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat di Kampung Serasot untuk mengaplikasikan kemahiran ICT melalui pendedahan penggunaan teknologi. Selain itu, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang digital masyarakat di Kampung Serasot dan mendedahkan pelajar kepada dunia ICT.
Kebaikan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pendedahan/aplikasi penggunaan IT secara berinovasi dan kreatif ke arah melahirkan masyarakat celik bertaraf digital. Selain itu, kelebihan kelas mengenali asas komponen komputer ini diadakan untuk menambahkan lagu ilmu ICT dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak dan menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari tentang ICT. Kelas Basic ICT dan kuiz yang berkaitan dengan komponen komputer telah disampaikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Serasot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: