Kelas Microsoft Word Bersama Pelajar SK Serasot
19 September 2018 | Aktiviti Terkini18 September 2018, kelas Microsoft Word bersama pelajar SK Serasot. Tujuan kelas Basic ICT dan kuiz yang berkaitan dengan komponen komputer ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat di Kampung Serasot untuk memgaplikasikan kemahiran ICT melalui pendedahan penggunaan teknologi.
Selain itu, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang digital masyarakat di Kampung Serasot dan mendedahkan pelajar kepada dunia ICT. Kebaikan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pendedahan/aplikasi penggunaan IT secara berinovasi dan kreatif ke arah melahirkan masyarakat celik bertaraf digital dan menambahkan lagu ilmu ICT dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Kelas Basic ICT dan kuiz yang berkaitan dengan komponen komputer telah disampaikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Serasot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: