Kelas E-Learning Membuat Soalan Ramaran UPSR
23 September 2018 | Aktiviti Terkini22 September 2018, kelas E-learning membuat soalan ramaran UPSR bersama pelajar SK Serasot. Tujuan kelas E-learning membuat soalan ramaran UPSR ini diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat di Kampung Serasot untuk mengaplikasikan kemahiran ICT melalui pendedahan penggunaan teknologi.
Selain itu, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk merapatkan jurang digital masyarakat di Kampung Serasot dan mendedahkan pelajar kepada dunia ICT. Kelas Basic ICT dan kuiz yang berkaitan dengan komponen komputer telah disampaikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Serasot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: