Taklimat Klik Dengan Bijak dan advokasi MCMC sempena Jelajah Advokasi Pusat Internet Daerah Bau
16 Februari 2019 | Aktiviti Terkini15 Februari 2019, Taklimat Klik Dengan Bijak dan advokasi MCMC sempena Jelajah Advokasi Pusat Internet Daerah Bau. Tujuan adalah membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet, melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
Selain itu, ia mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Taklimat Klik Dengan Bijak dan advokasi MCMC sempena Jelajah Advokasi Pusat Internet Daerah Bau telah disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet Daerah Bau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: