Program Advokasi KafeTEEN@PIK Bersama LPPKN secara Google Meet
17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini16 Oktober 2021, Program Advokasi KafeTEEN@PIK telah diadakan dengan kerjasama PIK Sibuluh dengan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertujuan untuk menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada remaja di Malaysia. PIK Serasot pun terlibat mengikuti program ini. Program KafeTEEN juga memfokuskan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada remaja di komuniti setempat. Program ini juga mempromosikan dan meningkatkan capaian kepada aplikasi myKafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBagiTahu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: