Bual Bicara Santai Slot Sembang Digital: Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan Semasa Era Pandemik Covid-19
26 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2021 (Jumaat), Program Bual Bicara Santai secara Facebook Live ini merupakan sebuah insiatif untuk slot Menarik Di Bau Talk Series yang membincangkan bersama pihak luar mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi, inovasi, keusahawanan dan lain-lain. Program ini merupakan kolaborasi semua Pusat Internet Komuniti di daerah Bau bersama seorang Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau telah mengupas topik multimedia dalam pendidikan di era pandemik Covid-19 serta turut berkongsi mengenai pengalaman beliau membangunkan kajian dan aplikasi multimedia untuk digunakan di dalam industri pendidikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: