Program Bual Bicara Santai Slot Inspirasi Usahawan bersama Pengasas Timogah
28 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 Jun 2021 (Ahad), Kakitangan Pusat Internet Komuniti Daerah Bau telah mengadakan sebuah program Program Bual Bicara Santai Slot Inspirasi Usahawan bersama Pengasas Timogah. Program ini bersiaran di Facebook (FB) Page Menarik Di Bau bermula pada pukul 2.30 petang secara Facebook Live. Program ini merupakan sebuah insiatif untuk slot Menarik Di Bau Talk Series yang membincangkan bersama pihak luar mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi, inovasi, keusahawanan dan lain-lain. Program ini merupakan kolaborasi semua Pusat Internet Komuniti di daerah Bau bersama dengan Pengasas Timogah iaitu En. Heineken Laluan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: