Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
9 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 7 dan 8 Februari 2022, Institut Koperasi Malaysia telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi di PEDi Serasot. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan ciri-ciri pentadbiran koperasi serta amalan pengurusan yang baik, memberikan kefahaman berkaitan kepentingan menguruskan koperasi mengikut undang-undang dan memberi kefahaman berkaitan tugas dan tanggungjawab Lembaga Koperasi.
Di dalam kursus ini, mereka telah didedahkan dengan perkongsian mengenai:
1. Latar belakang koperasi
2. Perundangan koperasi Malaysia
3. Tugas dan tanggungjawab Lembaga Koperasi
4. Pengurusan Mesyuarat Koperasi
5. Tadbir urus koperasi dan integriti
Turut ada diselitkan sesi Kuiz menggunakan Google Form sebagai menguji kefahaman para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: