Klik Dengan Bijak anjuran IEEE Malaysia ComSoc/VTS Joint Chapter
8 Mac 2022 | Aktiviti Terkini7 Mac 2022, Isnin telah berlangsung satu ceramah ringkas mengenai Klik Dengan Bijak anjuran IEEE Malaysia ComSoc/VTS Joint Chapter. Penceramah adalah Ts. Md. Tahir bin Musa, Timbalan Pengarah, Jabatan Program Komuniti, MCMC. Ceramah ini berlangsung secara talian melalui medium YouTube dan Facebook live.
Dua orang peserta telah menyertai dari PEDi Serasot. Matlamat bagi kempen ini adalah antara tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya ialah untuk melaksakan satu Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik Dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.
Kempen ini disasarkan kepada golongan masyarakat yang paling terdedah kepada gejala jenayah dan salah laku siber iaitu golongan kanak-kanak, belia dan juga para ibu bapa dan penjaga.
Peserta yang menyertai ceramah ini secara talian juga di beri sijil penyertaan melalui pendaftaran secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: