Tayangan Filem Sempena Hari Malaysia
8 September 2022 | Aktiviti TerkiniSeiring dengan sambutan Hari Malaysia yang akan datang, pihak PEDi Serasot telah mengadakan tayangan filem khas untuk ahli yang berminat di mana filem Kanang Anak Langkau (The Iban Warrior) telah di tayangkan. Melalui tayangan ini peserta dapat mendalami erti kemerdekaan dan melihat bagaimana peritnya pahlawan negara kita menentang musuh yang cuba menjajah negara.
Semangat dari pahlawan Kanang Anak Langkau ini patut di amalkan di dalam kehidupan seharian di mana beliau merupakan seorang yang jujur, setia, amanah dan cinta akan negara. Kata-kata azimat pahlawan Iban 'Agi Idup Agi Ngelaban', yang bermaksud selagi nyawa di badan, pasti akan melawan, serta semangat setiakawan yang sentiasa mendalam, menjadi tali yang mengikat kukuh hubungan antara perwira negara mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau dan bekas perajurit lain yang telah berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kedaulatan tanah air, khususnya ketika zaman pemberontakan komunis dulu.
Pihak PEDi Serasot memberikan ucapan ribuan terima kasih kepada peserta yang terlibat.
Semoga bermanfaat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: