Kelas Aplikasi Asas Canva
13 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2022, 5 orang ahli PEDi Serasot telah mengikuti kelas membuat jadual waktu menggunakan Canva yang bertempat di Bilik Latihan PEDi Serasot.
Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada platform reka bentuk grafik iaitu Canva (www.canva.com). Canva adalah satu aplikasi untuk reka bentuk grafik yang percuma dan boleh diakses dengan mudah melalui laman web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Selain itu, Canva lebih mudah untuk dipelajari dan kerja-kerja reka bentuk grafik dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: