Kursus Latihan Pengendali Makanan
18 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2022, NZ Bunga Venture bersama Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kursus Latihan Pengendali Makanan. Tujuan kursus ini diadakan agar pengendali makanan boleh menjelaskan betapa pentingnya latihan pengendali makanan dan memahami kebaikan latihan pengendali makanan.
Di dalam kursus ini, mereka telah didedahkan dengan perkongsian mengenai:
1. Kebersihan Makanan
2. Keselamatan Makanan
3. Faktor-faktor kritikal Keracunan Makanan
Turut ada diselitkan sesi Kuiz menggunakan Google Form sebagai menguji kefahaman para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada semua para peserta dan juga PEDi di daerah Bau yang telah menyertai dan diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi informasi baru dan pengetahuan berguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: