Program Kempen Saringan Kesihatan
17 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2022 bersamaan dengan hari Sabtu, pihak PEDi Serasot telah menyertai program anjuran panel Klinik Kesihatan Serasot bersama JKK Kampung Serasot untuk program Kempen Saringan Kesihatan bersama komuniti setempat.
Ceramah ringkas telah diberikan oleh penceramah dari Hospital Bau yang menekankan tentang kesihatan wanita serta gaya pemakanan hidup sihat memberi banyak pendedahan kepada komuniti setempat untuk menjalani gaya hidup sihat dan akan pentingnya menjalani saringan kesihatan.
Pihak PEDi Serasot juga mengambil kesempatan untuk menyertai kempen derma darah yang dianjurkan. Program ini banyak memberi manfaat kepada komuniti dan PEDi Serasot berasa bangga dijemput menyertai program dijalankan.
Pihak PEDi Serasot juga mengucapkan ribuan terima kasih dah tahniah kepada panel dan JKK Kampung atas program yang berjaya dijalankan.
#donateblood
#let’ssavelivestogether
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: