Advokasi Online Talk – Ketagihan Internet
20 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tanjong Bowang telah menganjurkan Program Advokasi Ketagihan Internet Dalam Norma Baharu dalam talian menggunakan platform Google Meet yang mana telah berkolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dalam Daerah Bau Seperti PEDi Bogag, PEDi Serasot, PEDi Krokong, PEDi Skio, PEDi Sibuluh dan PEDi Peninjau Baru.
Antara topik perkongsian di dalam program tersebut ialah:
- Pengenalan Definisi Ketagihan Internet
- Penggunaan Internet Sepanjang Tempoh Covid-19 & PKP
- Punca Peningkatan Kadar Penggunaan Internet Semasa Pandemik Covid-19
- Kebimbangan Penggunaan Internet yang Tidak Terkawal
Turut dikongsikan bersama peserta mengenai 5 jenis ketagihan Internet yang bermasalah dalam norma baharu seperti:
- Permainan Video
- Media Sosial
- Online Dating
- Membeli atas Talian
- Oversharing
Selain itu, sesi perkongsian bersama Penyelia PEDi daerah Bau serta para peserta berkenaan dengan topik tersebut turut diadakan sebagai medium untuk berkongsi pendapat dan bertukar buah fikiran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: