Program Klik Dengan Bijak Bersama Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) Puncak Permai Bau
27 November 2015 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot dengan kerjasama PI Sibuluh dan Krokong telah mengadakan program Klik Dengan Bijak bersama Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Dewan Serbaguna Kampung Serasot. Program ini telah melibatkan belia kampung dan jurulatih PLKN. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara Pusat Internet 1 Malaysia dan Pusat Latihan Khidmat Negara sekaligus memberi pendedahan tentang etika berinternet secara bijak. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah Klik Dengan Bijak, tayangan video, kuiz, pameran dan pendaftaran alumni PLKN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: