Program Klik Dengan Bijak (KDB) Di Jejak Aspirasi Belia Azam Bau 2015
3 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2015, Pusat Internet Krokong dengan kerjasama dari pihak PI Serasot telah mengadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di Dewan Suarah, Bau Sarawak. Program KDB ini merupakan salah satu program yang telah diselitkan dalam Program Jejak Aspirasi Belia Azam 2015 di Daerah Bau. Seramai 360 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru dari SMK Lake, SMK Bau, SMK Paku dan Kolej Komuniti Mas Gading Bau telah mengikuti program ini. Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai penggunaan Internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab dikalangan pengguna internet terutamanya kepada para pelajar dan guru-guru yang terlibat. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah ceramah Klik Dengan Bijak, tayangan video pendek KDB dan juga Sesi Soalan Kuiz KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: