Kelas asas ICT (Microsoft Excel) Bersama Pelajar SK Serasot
13 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mac 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot telah mengadakan Kelas asas ICT (Microsoft Excel) Bersama Pelajar SK Serasot pada pukul 10.00 hingga 12.00 tengahari. Kelas asas ICT (Microsoft Excel) Bersama Pelajar SK Serasot disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin anak Asin, dibantu oleh Pengurus PI Tanjung Bowang, Cik Alfrena Ann Jeris dan Pengurus PI Bogag, Cik Laila Ahniaw bersama Penolong Pengurus PI Serasot, Cik Emmy Lyn Bungan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguasai kemahiran membuat jadual dengan menggunakan Microsoft Excel, memasukkan data dalam Microsoft Excel dan menggunakan formula Microsoft Excel untuk mengira jumlah data.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: