Kelas Keusahawanan Bersama Kaum Ibu Kampung Serasot
7 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos 2016, bertempat di Rumah Kaum Ibu Kampung Serasot, Bau, Persatuan Kaum Ibu Kampung Serasot bersama PI telah mengadakan kelas keusahawanan di Rumah Kaum Ibu Kampung Serasot. Kelas keusahawanan tersebut adalah Kelas Penghasilan Soft Ice Cream dan Kelas Chocolate Homemade. Tujuan kelas keusahawanan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran usahawan, mengenali cara membuat ice cream dan coklat, mengetahui asas usahawan dan sekaligus pengenalan ICT kepada kaum Ibu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: