Kelas asas ICT (Microsoft Word) dan aktiviti Klik Dengan Bijak
2 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2016, seramai 6 orang pelajar SK Serasot telah belajar kelas ICT (Microsoft Word) bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Serasot. Kelas ini telah disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin Asin dan dibantu oleh Pengurus PI Bogag, Cik Laila Ahniaw. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menguasai ilmu dan prinsip asas penggunaan Microsoft Word, memperkenalkan peralatan komputer kepada peserta, memberi pendedahan secara praktikal dan intensif tentang penggunaan Microsoft word dan seterusnya aktiviti Klik Dengan Bijak (Action Kamen).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: