Kelas asas ICT (Paint) Bersama Kanak-kanak TADIKA KEMAS B dan Aktiviti Klik Dengan Bijak
5 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2016, kanak-kanak TADIKA KEMAS B telah belajar ICT (Paint) dan menjalankan aktiviti Klik Dengan Bijak bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Serasot. Kelas ini telah disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin Asin dan Pengurus PI Bogag, Cik Laila Ahniaw. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari asas ICT menggunakan perisian PAINT kepada kanak-kanak, menguasai cara –cara mewarna dengan menggunakan perisian ICT dan komputer serta aktiviti Klik Dengan Bijak(Action Kamen).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: