Aktiviti Klik Dengan Bijak Bersama Belia Kampung Serasot
12 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot telah mengadakan aktiviti Klik Dengan Bijak bersama Belia Kampung Serasot pada pukul 2.00 hingga 4.00 petang. Kelas ini telah disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin Asin dan dibantu oleh Penolong Pengurus PI Serasot, Cik Emmy Lyn Wella. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerangkan penggunaan internet secara positif kepada belia dan mengetahui akan waspada, keselamatan dan tanggungjawab menggunakan internet. Pengisian Klik Dengan Bijak turut diisi dengan tayangan video KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: