Kelas asas ICT (Microsoft Word) bersama Pelajar SK Serasot dan aktiviti Klik Dengan Bijak
6 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Serasot telah mengadakan Kelas asas ICT (Microsoft Word) bersama Pelajar SK Serasot dan aktiviti Klik Dengan Bijak dan kelas tersebut dijalankan pada pukul 10.00 hingga 12.00 tengahari. Kelas ini telah disampaikan oleh Pengurus PI Serasot, Encik Benjamin Asin dan Penolong Pengurus PI Serasot, Cik Emmy Lyn Wella serta dibantu oleh Pengurus PI Bogag, Cik Laila Ahniaw. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang Microsoft Word, asas-asas menaip dan seterusnya aktiviti Klik Dengan Bijak(Mesej Berantai).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: