Kelas asas ICT bersama pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Kasih Serasot
30 Januari 2015 | Aktiviti TerkiniKelas asas ICT bersama pelatih PDK Cahaya Kasih Serasot telah diadakan pada 29 Januari 2015 bertempat di PI Serasot. Kelas tersebut dibimbing oleh Cik Emmy Lyn, Penolong Pengurus PI Serasot dan dihadiri oleh 4 orang pelatih yang turut diiringi oleh 3 orang pembantu penyelia. Kelas asas ICT itu berlansung selama 2 jam dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut adalah pengenalan kepada komponen asas komputer dan pengenalan kepada Microsoft Paint.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: